Akui sahajalah. Kita ini orang yang kurang berani mengambil risiko. Mahu kembara, tapi tidak mahu berbuat apa-apa.
“Macam mana..”
“Kalau …..”
“Susah…”
Kalau macam itu di fikiran, memang tidak ke mana....



4 cara menjadi pengembara, bukan pelancong!

Pengembara atau pelancong? Yang mana satu adalah anda?

Di sebuah kedai menjual cenderamata di dalam kawasan Muzium Altes, Berlin, muncul seorang pelancong dengan keadaan tergesa-gesa di kaunter bayaran.

"Maafkan saya, di mana saya boleh dapatkan buku yang saya lihat ramai di luar sana sedang memilikinya," tanya lelaki itu dalam bahasa Inggeris dengan nada yang agak tinggi kepada dua pembantu kedai di hadapannya. Yang perempuan sedang melayan pelanggan lain dan yang lelaki hanya diam sahaja.

"Oh kamu tidak berbahasa Inggeris. Ada sesiapa yang boleh berbahasa Inggeris?" tanya pelancong itu dengan tergesa-gesa.

Sebaik sahaja pembantu kedai perempuan selesai melayan pelanggannya, dia berpaling pula ke arah pelancong tadi, "Saya berbahasa Inggeris, ada apa-apa yang saya boleh bantu?".

"Saya cuma mahu buku yang semua orang di luar sana memilikinya. Mereka kata, buku itu boleh didapatkan di sini. Saya tiada masa untuk mencari, bas persiaran saya sedang menunggu di luar sana," katanya dengan sedikit angkuh.

Pembantu kedai tersebut tersenyum tawar. Dia kemudian menuju ke sebuah rak buku di satu sudut di dalam kedai itu dan kembali dengan tiga buah buku di tangannya.

Baru sahaja pembantu kedai itu hendak menerangkan tentang kandungan buku-buku tersebut, pelancong tadi terus memintasnya, "Tapi mana satu yang orang ramai beli?".
Belum pun sempat pembantu kedai itu menjawab, pelancong tadi memintas lagi, "Lupakan, saya tiada masa sekarang,". Pelancong itu kemudian berlari meninggalkan kedai tersebut.
Demikian situasi sebenar dialami penulis. Tindakan pelancong itu memang kurang sopan. Begitukah cara mereka melayan orang di tempat asal mereka.
Namun jika pelancong tadi adalah seorang pengembara, kejadian seperti itu pasti tidak akan berlaku. Seorang pengembara akan mendalami budaya sesebuah negara yang dikunjunginya, bukan setakat mengambil gambar dari dalam bas persiaran atau mendengar penerangan daripada pemandu pelancong. Seorang pengembara memiliki deria lebih daripada itu.
Satu lagi, jika pelancong tadi adalah pengembara, pasti dia tidak akan tergesa-gesa. Tiada bas persiaran yang sedang menunggu, pengembara bergerak atas kehendaknya sendiri.
Tip 1: Buat kajian sebelum berlepas
Penting untuk kita mempelajari perihal sesebuah negara atau tempat yang kita mahu kunjungi. Apakah bahasa yang digunakan? Apakah perkara yang boleh menyentuh sensitiviti orang-orang di sana? Adakah mereka bangsa yang
Sebenarnya hal-hal ini adalah bahagian terbaik dalam pengembaraan. Mempelajari budaya, mempelajari sejarah mereka, bukankah itu perkara yang menarik? Dan sebagai seorang pengembara, anda harus ada perasaan itu.
Tiada alasan untuk anda tidak membuat kajian. Dengan adanya internet, dunia kini tiada lagi sempadan. Selain mendapatkan maklumat daripada alam maya, anda juga boleh mendapatkannya di dalam buku dan majalah.
Terpulang pada minat anda. Sumber juga boleh didapati melalui novel-novel pengembaraan atau biografi tokoh-tokoh dari sesebuah negara. Kita juga boleh mempelajari melalui muzik dan filem mereka.
Beberapa perkara yang perlu anda tahu adalah; struktur geografi, mata wang, bahasa dan dialek, ibu negara dan bandar utama, tempat-tempat menarik dan mungkin bahaya-bahaya biasa berlaku.
Namun begitu tidak semua yang perlu anda ambil tahu. Saya sendiri lebih suka mencari sesuatu yang baru tanpa perlu bertanya, perjalanan menjadi lebih mencabar dan saya berasa lebih puas.


Tip 2: Kenapa tergesa-gesa?
Elakkan situasi seperti ini; ''Saya harus melihat X, Y dan Z hari ini juga kerana saya mungkin tidak akan kembali ke bandar ini lagi".
Jika anda tergesa-gesa seperti situasi di atas, bukan sahaja satu, anda mungkin akan terlepas untuk melihat ketiga-tiganya sekali. Namun kenapa perlu bertindak demikian? Cukupkah sekadar mengambil gambar di tempat tersebut dan kemudian terus beralih ke tempat lain.
Kalau pelancong memang saya tidak hairan, kerana mereka melancong memang untuk bergambar kerana itu sahaja bukti kukuh untuk diceritakan kepada kawan-kawan tentang percutiannya.
Namun sebagai seorang pengembara, anda tidak seharusnya mempunyai sikap begitu. Pengembara akan meluangkan lebih masa di sesuatu tempat. Bukan setakat untuk bergambar, tetapi menghayati dan menyelami suasana baru di tempat asing.
Penting bagi seorang pengembara untuk merancang perjalanan, tertutama untuk trip yang pendek. Tak perlu terlalu terperinci. Kalau terlalu terperinci pun hilang pula cabarannya. Cuma sediakan jadual secara kasar untuk memastikan menjadikan perjalanan lebih teratur.
Tiada peraturan khusus dalam pengembaraan. Sebagai contoh, jika anda ke Paris, anda tidak semestinya perlu ke Menara Eiffel. Apabila ada orang bertanya tentangnya selepas anda sudah pulang ke rumah nanti, tak kira apa pun kata mereka, ia bukanlah menjadi masalah besar. Anda boleh menjawab, "Tidak, saya meluangkan lebih masa di Muzium Picasso. Dia seorang artis yang hebat". Jika disebabkan jawapan itu rakan anda merasakan pengalaman anda kurang menarik, cari rakan lain yang sesuai untuk berkongsi pengalaman pengembaraan anda.


Tip 3: Orang asing pun orang juga!
Semasa di tempat orang, berusahalah untuk bermesra dengan orang tempatan. Jangan lihat mereka seperti melihat makhluk asing atau objek-objek yang dipamerkan di dalam sangkar kaca. Jangan hanya kerana mereka tiada iPod atau komputer, kita memandang rendah terhadap mereka. Sebagai seorang pengembara sejati, anda perlu mempunyai tanggapan bahawa mereka juga sama seperti orang-orang lain di seluruh dunia.
Belajar serba sedikit tentang bahasa tempatan adalah sebahagian perkara penting untuk bermesra dengan mereka, walaupun hanya beberapa perkataan. Jika perlu, anda boleh bawa kamus bahasa tempatan bersama anda. Buku nota dan pen juga berkesan untuk berkomunikasi dengan mereka.
Tip 4: Jadi orang tempatan

Sebagai seorang pengembara, anda tidak sepatutnya ke restoran-restoran makanan segera seperti yang ada tempat anda. Cubalah ke restoran atau kedai makan yang menjual makanan tempatan, ini juga salah satu cara untuk mempelajari sesuatu budaya masyarakat di tempat kita kunjungi.


Begitu juga dengan penginapan, kenapa perlu cari hotel tiga bintang kalau ada rumah tumpangan yang menawarkan suasana masyarakat tempatan dengan seni bina dan dekorasinya. Malah kosnya juga lebih murah. Kaedah lain adalah 'hospitality exchange' dan cara ini lebih baik. Anda buat kawan dengan penduduk tempatan, dan tinggal bersama mereka untuk beberapa hari. Perkara sama anda tawarkan kepada mereka jika mereka datang ke tempat anda.

Islam galak umatnya mengembara

Sejarah telah membuktikan bahawa berkembangnya Islam ke Tanah Melayu adalah melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab pada zaman dahulu telah mengembara berpuluh-puluh ribu kilometer semata-mata untuk berdagang dan mengembangkan perniagaan mereka di rantau Asia khususnya. Kedatangan mereka bukan sahaja membawa masuk barangan dagangan dari negara mereka, malah mereka juga membawa Islam yang kemudiannya telah memberi 'nur' kepada seluruh Tanah Melayu sehingga sekarang.

Ya, Islam berkembang melalui pengembaraan. Malah dengan mengembara juga, kita dapat menimba begitu banyak ilmu dan pengalaman. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, kerana sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim" (Riwayat Saidina Anas).


Rasulullah SAW sendiri menyuruh kita mengembara untuk mencari ilmu. Semakin jauh kita mengembara, semakin banyak ilmu dan pengalaman dapat dikutip. Seperti kata pepatah, jauh perjalanan luas pengalaman.


Bukan itu sahaja, sebelum berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad SAW pernah menyuruh sahabatnya mengembara dan meninjau keadaan di Habsyah dan beberapa tempat lain bagi mencari peluang untuk Islam bertapak dan berkembang di situ.


Sabda Rasulullah SAW lagi: "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang dizalimi dan orang yang musafir” (Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Daud dan Tarmidzi). Lihat, betapa tingginya taraf orang yang bermusafir atau mengembara sehingga doanya antara yang paling mustajab.


Jika hendak bermusafir, baginda Rasulullah SAW selalu memulakan perjalanan pada hari Khamis dan di waktu malam. Melalui hadis diriwayat oleh Bukhari: “Rasulullah SAW berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis". Dalam hadis diriwayatkan Abu Daud pula, Rasulullah SAW bersabda: “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.”



Ibn Battuta
Seorang tokoh dan cendiakawan Islam, Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta atau lebih dikenali sebagai Ibn Battuta, diiktiraf sebagai pengembara paling hebat dalam sejarah manusia. Beliau mengembara sejauh lebih kurang 117,000 kilometer selama hampir 30 tahun. Penjelajahannya meliputi daerah yang sekarang merupakan Afrika Barat hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China, jarak yang jauh lebih hebat dari Marco Polo yang hidup hampir seera dengan beliau.

Ibn Battutta yang berasal dari Maghribi memulakan langkah pertama dalam pengembaraannya ketika hendak menunaikan Haji di Mekah semasa berusia 24 tahun. Perjalanannya mengambil masa selama 16 bulan dan sejak daripada itu, beliau tidak menoleh ke belakang lagi dan meneruskan perjalanan menakluk dunia selepas mendapat gelaran haji.


Kisah-kisah yang disebutkan tadi adalah berdasarkan catatan-catatan sejarah. Namun apa pula kata Allah SWT tentang pengembaraan?


Allah telah berfirman: "Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada". (Surah Al-Hajj, ayat 46)


Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Islam menggalakkan umatnya mengembara atau melancong kerana dengan cara itu, kita boleh mengukuhkan iman dan takwa melalui siri pengalaman dan pengajaran yang kita temui di sepanjang perjalanan. Mata hati dan minda perlu dibuka untuk menilai, memahami dan mengambil pengajaran agar pengembaraan yang kita lalui menjadikan kita lebih dekat dengan Allah.


Bumi ciptaan Allah ini terlalu luas. Apa gunanya dijadikan bumi ini jika kita sebagai khalifahnya tidak meneroka dan menjelajah. Jika dilihat daripada sudut keimanan terhadap semua ciptaan-Nya yang sempurna dan indah, fikiran dan perasaan akan menjadi tenang. Orang beriman semakin bertambah imannya setiap kali melihat kejadian alam yang memperlihatkan kelainan.


Firman Allah yang bermaksud: "Kau tidak melihat sekali-kali pada ciptaan Tuhan yang Maha Pemurah, sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?" (Surah Al-Mulk, ayat 3)




Melancong atau mengembara juga memberi kesempatan untuk kita melihat sendiri kehidupan masyarakat di tempat orang, lebih-lebih lagi di tempat yang kurang bernasib baik berbanding negara kita. Melihatkan kemunduran dan kemusnahan di tempat mereka membuatkan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita telah nikmati di negara sendiri. Setiap yang terjadi, pasti ada hikmahnya.

Firman Allah yang bermaksud: “Pergilah berjalan (mengembara) di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Allah.” (Surah al-Anam, ayat 11)


Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Katakanlah: Jelajahilah muka bumi ini dan lihatlah bagaimana akibat (yang menimpa) orang yang berdosa.” (Surah an-Naml, ayat 69)


Mengembara bukan sekadar untuk berhibur dan berlibur. Dalam kita bersantai, jangan kita lupa untuk memanfaatkan segala yang kita peroleh semasa di dalam perjalanan untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah. Panjatkan rasa syukur setiap kali diberi peluang melihat ciptaan-Nya, jangan pula dicemarkan pengembaraan itu dengan perkara-perkara maksiat yang akhirnya merugikan diri sendiri kerana dimurkai Allah.


Nilai-nilai Islam perlu dibawa dan dijaga ketika mengembara. Elakkan daripada terjebak dengan aktiviti tidak baik di tempat orang. Allah berfirman lagi: "Ditimpakan kehinaan di mana saja mereka berada, melainkan mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia". (Surah Ali Imran, ayat 112)


Jadi teman-teman sekalian, ayuh kita mengembara. Islam sendiri menggalakkan umatnya keluar mengembara untuk melihat dunia. Jadi apa lagi alasan yang harus diberi? Kalau duit yang menjadi kekangan, kita mula dahulu dengan tempat-tempat berdekatan dengan kita. Ada rezeki lebih nanti, pergi ke tempat jauh pula. Ingat, perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama!

Mengembara berseorangan ala backpakers sudah menjadi kegilaan terutama bagi mereka yang berstatus bujang . Melancong bersama travel agency hanya membuatkan mereka ini merasakan terpaksa ikut jadual yang padat berbanding backpakers yang bebas merancang perjalanan mereka sendiri.

Cara Mudah Mengembara Berseorangan


Sebelum anda memulakan pengembaraan ala backpackers ini , anda perlulah membuat persediaan yang rapi agar nanti perjalanan penggembaraan anda berjalan lancar tanpa berlaku kesesatan ataupun kekurangan duit dan juga lainnya . Berikut ada cara mudah mengembara berseorangan bagi yang baru berjinak - jinak mahu melancong ala backpakers . 

Buat Itinerary


Buat senarai dan jadual perjalanan / intinerary dari hari ke hari . Cari maklumat tempat anda mahu pergi ,  tempat penginapan , jenis kenderaan yang anda perlu gunakan , berapa banyak duit yang anda perlu belanjakan dan segala panduan termasuk peta yang berkaitan supaya perjalanan pengembaraan anda menjadi lebih lancar .  

Masa Yang Cukup


Apa pun mood pengembaraan anda , dapatkan masa yang lebih dari masa yang anda jangkakan untuk pengembaraan anda . Anda perlu tahu ada masanya jadual masa anda akan tergelincir disebabkan perkara yang tidak anda jangka akan berlaku . Sekurag - kurangnya bila anda dah menyediakan masa tambahan , anda akan kurang stress dan dapat juga hilangkan rasa cemas .

Makan Dengan Sempurna


Pastikan anda dapat makan yang cukup sebelum memulakan perjalanan kerana dalam perjalanan anda nanti belum tentu anda dapat makan atau jumpa kedai makan yang halal . Elakkan makan makanan yang boleh buat perut anda meragam kerana jika berlaku ianya sudah tentu mengganggu perjalanan anda .

Tahu Keupayaan Perbelanjaan Anda 


Pastikan anda tidak lebih berbelanja dan anda juga menyediakan wang tambahn untuk saat - saat kecemasan . Jika tiba hari akhir , tiada apa yang berlaku , boleh la anda melakukan perbelanjaan sesuka hati anda .

Cek Bagasi Anda


Pastikan bagasi anda adalah jenia yang mudah untuk di bawa . Barangan yang anda akan bawa juga adalah barangan yang dibenarkan imigresen . Jangan lupa untuk timbang berat kerana anda nanti akan hadapi masalah juka anda tidak ambil berat tentangnya .


Tiada Masalah

Apabila anda sudah melakukan segala cadangan di atas , insha Allah tiada masalah akan timbul . Jika ada , jangan stress atau melatah . Anda perlu tenang dan cari penyelesainnya kerana anda akan melakukan perjalanan pengembaraan secara backpackers .



Tips travel Secara Solo dan Backpacking!

Hello semua, disini sedikit tips untuk mereka yang teringin travel secara solo atau backpacker!


1-      Bagi mereka yang selalu tertanya-tanya macam mana nak cari tiket Airasia yang murah, Fleapy.com adalaha jawapannya! Firefly akan menyenaraikan pernerbangan-pernerbangan murah Airasia sepanjang tahun.
2-      Tahu kah anda yang anda boleh mengembara sehingga ke negara China melalui jalan darat? Kereta api KTMB Malaysia menghubungkan Kuala Lumpur sehingga ke kota Bangkok di Thailand. Dari Kota Bangkok and boleh men cari kereta api atau bus ke Cambodia, Laos dan juga Myanmar. 
3-      Untuk menjimatkan wang, and boleh tinggal dia hostel. Ianya adalah dorm yang dikongsi beramai-ramai. Ianya juga peluang yang sangat menarik untuk anda berkenalan dengan kawan-kawan baru daris serata dunia . Anda boleh melayari Hostelworld.com atau Hostelbooker.com untuk tempahan !
4-      Untuk menjimatkan duit, makan makanan yang dijual ditepi jalan. Bagi negara-negara Asia, anda boleh lah budget dalam RM 10 – RM 15 sehari.( tapi carilah yang halal...)
5-      Dikebanyakkan negara Asia, anda boleh camouflage sebagai orang tempatan. Ini kerana selalunya orang tempatan akan membayar entrance fee yang lebih murah untuk ke tempat-tempat perlancongan di negara mereka.
6-      Bagi mereka yang selalu online, perlu telefon keluarga setiap hari, rayyan cadangkan korang beli simcard tempatan. Selalunya Roaming adalah terlampau mahal. Jimat dengan bijak!
7-      Cuba bertutur dalam bahasa tempatan!, cuba belajar untuk mengucapkan terima kasih, apa khabar, sama –sama dalam bahasa tempatan.
8-      Jika anda lebih berani, cuba berkawan dengan traveler/backpacker lain yang anda jumpa.Ini memberi anda lebih keseleasaan dan privacy dan juga JIMAT! ðŸ˜‰

Berkelanalah, Akan Ketemui Ganti Kepada Apa Yang Ditinggalkan…

“Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat. Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah,
Berkelanalah, engkau akan ketemui ganti kepada apa yang engkau tinggalkan. Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.
Aku melihat air yang tenang bertakung, pastikan keruh. Sekiranya ialah mengalir, ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir, tercemar.
Singa sekiranya tidak keluar daripada kepompong dunianya, nescaya tidak akan membaham. Anak panah, kalau tidak berpisah dengan busurnya, nescaya tidak akan mengena sasaran.
Matahari sekiranya tidak bergerak daripada orbit selama-lamanya, nescaya akan bosanlah manusia, Arab dan ‘Ajam
Emas hitam (di dalam tanah lombong lagi) adalah sama seperti tanah biasa sekiranya tidak dikeluarkan. Dan kayu ‘aud (dibuat minyak wangi/gaharu-sic) sekiranya kekal di tanah, maka samalah seperti kayu biasa.
Jika (kayu ‘aud) itu dikeluarkan, maka hebat dan tinggilah permintaannya, dan jika (emas tanah hitam) itu dikeluarkan, maka hebatlah ia seperti (menjadi) emas.”
– Nukilan Imam Syafie.

7 Sebab Mengapa Anda Perlu Mengembara

Mengembara tidak sama dengan melancong. Aktiviti yang lebih kurang serupa, tetapi hasil yang diperolehi tidak sama. Mengembara bererti kita meneroka dengan lebih detail sesuatu tempat. Melancong mungkin lebih ringan dan santai, ‘been there’. Mengembara meluaskan skop pemikiran.
1. Anda akan berjumpa dengan orang yang luar biasa. Anda akan berkenalan dengan ramai kawan baru. Okay, mungkin bukan kawan. Cukup sekadar kenalan. Cuba bercerita dengan mereka tentang kenikmatan mengembara, mereka akan cerita pula destinasi kembara mereka. berbalas cerita. Apabila mendengar sahaja keseronokan destinasi tersebut, masing-masing saling memasang niat untuk pergi ke destinasi tersebut. Mereka mungkin akan menjadi tempat rujukan. Silap haribulan, mereka akan menjadi rakan kembara anda. Seronok!
2. Pengertian kebebasan mutlak. Apabila melakukan perjalanan sendiri dan mula bertemu dengan
pengembara yang lain, akan wujud bekerjasama. Anda yang selama ini mungkin hanya terbatas dengan aktiviti di bandar sahaja, tiba-tiba mahu mencuba bungee jumping, atau mendaki gunung dan banjaran. Atau mungkin tiba-tiba mahu mencuba menyelam skuba dan meluncur ombak. Hanya dengan pengembara lain sahaja yang dapat memudahkan anda melakukan sesuatu yang tidak pernah anda fikirkan.
3. Kembara adalah untuk pemberani. Bukan riak mendabik dada menyatakan kita tidak takut walau rimau datang menerkam. Tetapi kembara bersendirian mencabar ketakutan dan rasa tidak yakin. Ini memberi makna yang besar, terutamanya jika ia adalah pengalaman kembara solo pertama. Masalah bahasa, makanan, matawang, pengangkutan awam adalah beberapa contoh perkara yang menimbulkan kebimbangan. Belum lagi ancaman pencopet seperti yang ramai pelancong. Fuh! Fikir dua kali mahu jalan seorang diri. Suara kecil di dalam kepala saya, bertanya: ” Bagaimana jika ada masalah? ” ” Bagaimana jika anda mendapat masalah.” Di Eropah contohnya, banyak tandas tidak mempunyai paip air. Cuma menggunakan kertas tisu. Begitu juga di negara China. Sanggup ?
4. Jatuh cinta. Ok. Ini agak provokatif. Yang pasti, akan jatuh cinta dengan budaya dan suasa di tempat orang lain. Pengalaman saya di Eropah, belum membuatkan saya jatuh cinta dengan orangnya, tetapi cukup menyebabkan saya menghormati kemajuan pemikiran mereka. Saya jatuh cinta dengan negara itu. Cukup bersih, berdisiplin. Sehingga saya pernah melihat Islamnya peradaban mereka. Saya melihat Islam dalam negara bukan Islam. Sama ada ia akan menjadi satu cinta musim panas yang hebat tiada siapa yang tahu tetapi banyak orang di luar sana dengan yang orang mengembara terus menetap disitu dan tidak mahu kembali. Ini cerita-cerita yang menakjubkan.
5. Ini adalah masa anda dengan diri anda sendiri. Akan terbit suatu perasaan yang luar biasa. Cara anda melihat diri anda. Cara anda berfikir dan cara bertindak. Tiada masa yang lebih baik untuk muhasabah diri sendiri kecuali mengembara keluar dari rantaian hidup biasa. Mekah dan Madinah adalah tempat yang tiada tara kedamaiannya. Luar biasa. Banyak juga bangunan dan tempat yang membuatkan anda berfikir betapa besarnya nikmat yang Tuhan berikan.
6. Memupuk perasaan dan mencipta diri sendiri yang baru. Jika anda seorang pemarah, kasar atau selalu komplen tentang kehidupan. Itu anda akan tinggalkan di belakang. Anda tidak lagi di dalam setting kehidupan biasa yang akan menyebabkan anda marah-marah. Faktor persekitaran boleh mengubah anda menjadi lebih baik.
7. Tidak semua orang mampu mengembara. Kekangan masa dan wang ringgit. Ini adalah suatu pencapaian peribadi. Cuba lihat rakan sekeliling anda. Berapa ramai yang telah mengembara sejauh dunia terbentang. Tidak semua.