Cara Mudah Mengembara Berseorangan
Sebelum anda memulakan pengembaraan ala backpackers ini , anda perlulah membuat persediaan yang rapi agar nanti perjalanan penggembaraan anda berjalan lancar tanpa berlaku kesesatan ataupun kekurangan duit dan juga lainnya . Berikut ada cara mudah mengembara berseorangan bagi yang baru berjinak - jinak mahu melancong ala backpakers .
Buat Itinerary
Buat senarai dan jadual perjalanan / intinerary dari hari ke hari . Cari maklumat tempat anda mahu pergi , tempat penginapan , jenis kenderaan yang anda perlu gunakan , berapa banyak duit yang anda perlu belanjakan dan segala panduan termasuk peta yang berkaitan supaya perjalanan pengembaraan anda menjadi lebih lancar .
Masa Yang Cukup
Apa pun mood pengembaraan anda , dapatkan masa yang lebih dari masa yang anda jangkakan untuk pengembaraan anda . Anda perlu tahu ada masanya jadual masa anda akan tergelincir disebabkan perkara yang tidak anda jangka akan berlaku . Sekurag - kurangnya bila anda dah menyediakan masa tambahan , anda akan kurang stress dan dapat juga hilangkan rasa cemas .
Makan Dengan Sempurna
Pastikan anda dapat makan yang cukup sebelum memulakan perjalanan kerana dalam perjalanan anda nanti belum tentu anda dapat makan atau jumpa kedai makan yang halal . Elakkan makan makanan yang boleh buat perut anda meragam kerana jika berlaku ianya sudah tentu mengganggu perjalanan anda .
Tahu Keupayaan Perbelanjaan Anda
Pastikan anda tidak lebih berbelanja dan anda juga menyediakan wang tambahn untuk saat - saat kecemasan . Jika tiba hari akhir , tiada apa yang berlaku , boleh la anda melakukan perbelanjaan sesuka hati anda .
Cek Bagasi Anda
Pastikan bagasi anda adalah jenia yang mudah untuk di bawa . Barangan yang anda akan bawa juga adalah barangan yang dibenarkan imigresen . Jangan lupa untuk timbang berat kerana anda nanti akan hadapi masalah juka anda tidak ambil berat tentangnya .
No comments:
Post a Comment